Rebellious.
Ya. Aku merupakan remaja yang memberontak.
Ya. Aku merupakan remaja yang memberontak.
Aku memberontak untuk tidak dikongkong.
Memberontak untuk keluar bersuka ria.
Memberontak untuk buat apa sahaja yang aku suka tanpa ditegur atau dilarang
oleh sesiapa pun. Memang aku remaja yang memberontak!
"Huhh!" dengusku kasar bersama hentakan kaki memijak kembali anak
tangga. Menuju ke bilik keramat. Tempat di mana pemberontakan aku akan
berakhir. Hanya seketika.
Hafiya hanya menggeleng kepala. Perlahan dia beristighfar dalam hati.
Setiap solat dia berdoa. Setiap kali mengenangkan perihal puteri tunggalnya ini
dia berdoa. Setiap saat, setiap nafas dia akan terus berdoa.
“Ummi.. ummi ok ke?” tegur si abang sambil tangannya diletakkan di bahu
Hafiya. Perlahan kepalanya tunduk. Iqbal menarik kerusi di ruang makan sambil
membuat isyarat tubuh menyuruh Hafiya untuk duduk. Tangan Iqbal, putera tunggal
dan sulungnya bersama Wafiq ditepuk perlahan sambil digenggam kemas di atas
meja. Iqbal turut mengikut sambil duduk di pangkal meja makan.
“Abang, tolong la nasihatkan adik tu. Ummi tak sanggup dah tengok perangai
dia yang semakin menjadi-jadi tu. Kalau walid tahu, mesti susah hati walid.
Ummi lagi susah hati,” tak sedar Hafiya mengeluh. Cepat-cepat dia beristighfar.
Fikir yang baik-baik sahaja. Anak adalah tanggungjawab. Amanat ALLAH. Buruk
baik perangai anak punca daripada khilaf ibu bapanya. Tapi dia buntu sendiri
mana silapnya dia dan Wafiq sebagai pendidik anak.
“Ummi.. sabar kay. Nanti abang slow
talk dengan adik. Ummi jangan
cakap dengan walid lagi. Kerja kat pejabat tu kami tak terkejar pun. Nanti
abang risau kalau walid jatuh sakit,” Iqbal cuba menenangkan umminya. Risau
dengan kesihatan kedua ibu bapanya. Tambahan lagi perangai si adik yang makin
lama makin berubah.
“Abang jangan cakap macam tu.. ummi tak ada sapa lagi selain kita
sekeluarga. Kalau tak ummi yang risau, siapa lagi? Makcik Piah kamu tu?”
“Ish ummi ni.. ke situ pulak. Ya la abang cuma nak ummi jaga kesihatan.
Pasal adik ummi jangan risau k? Pandailah abang mengajarnya,” Yakin. Ya, memang
Iqbal Ridha yakin sangat.
“Tegur Sofia elok-elok ya. Jangan kamu berdua pulak bercakaran.
Masing-masing dah besar panjang. Masing-masing dah layak berkeluarga pun,”
“Mana boleh! Abang tak puas bermanja lagi la ummi!” manja Iqbal membalas.
Tersenyum simpul Hafiya. Umur dah dekat 30 tahun masih tak hilang manjanya.
Beza 5 tahun dengan si adik membuatkan Iqbal manja lebih tapi tetap tidak
melebihi si adik. Sayangnya dia pada si adik lebih dari segala-galanya. Hafiya
yakin itu.
“Jangan nak mengada abang! Bila abang nak kenalkan dengan ummi ni? Setiap
malam ummi tahu abang asyik bergayut dengan anak dara siapa entah tu. Tak elok
berkawan lama-lama ni abang. Kalau berkenan bagitahu ummi dengan walid. Siapa
mak ayahnya? Tinggal di mana?..”
“Chop! Chop! Ummi! Jauh sangat ummi melalut ni... dari topik adik masuk
topik abang pulak.. mana adil macam ni!” Iqbal memuncung. Tersenyum simpul
Hafiya. Manja tak kena umur anak dia seorang ni.
“Betul apa ummi cakap kan? Jangan tak nak mengaku!” Hafiya jegilkan mata.
Geram.
“Abang tak cakap pun. Ok la ummi. Abang nak
tengok adik jap ya. Mesti dia tengah head-banging kat bilik tu. Selalu abang joint
goreng gitar dengan dia..” pantas Iqbal bangun sambil melangkah anak tangga
laju-laju ke bilik Sofia.
Hafiya hanya tersenyum simpul. Malu. Tak sangka anak teruna dia segan berkongsi cerita perihal teman wanita dengannya. Memang Wafiq Haiqal agak rapat dengan Iqbal Ridha berbanding anak keduanya Inas Sofia.
---
Perlahan pintu bilik Inas diketuk. Tiada jawapan. Iqbal mencuba
lagi kali ini diseru nama adiknya dengan lembut.
“Adik.. abang buka pintu ni ya. Nak buat konsert jangan la tak
ajak abang...” perlahan pintu bilik adiknya dikuak. Sah! Depan matanya kini
satu-satu adik kesayangannya.. serta satu-satunya puteri Encik Wafiq Haiql dan
Puan Hafiya tengah terkinja-kinja sambil mata terpejam. Di telinganya ditekap
headphone yang pastinya memecahkan telinga dengan lagu heavy rock metal.
Perlahan Iqbal menggelengkan kepala. Keluhan perlahan dilepaskan sambil dia
melangkah masuk dan duduk di sofa membaca di hujung bilik.
Dikerling meja bulat di tepi sofa. Diari ke ni? Tanpa perasaan
Iqbal mencapai sebuah buku kulit hitam yang agak lusuh. Mungkin terkena hujan
atau terjatuh di dalam lopak atau longkang. Baru sahaja dia cuba membuka ikatan
tali pada buku tersebut, dengan pantas buku tersebut direntap kasar!
Gulp!
“Are u trying to violate my
privacy?” tajam mata Inas merenung Iqbal.
“No sis. I just being
curious. Is that ur diary? But it looks too old for you...” Iqbal
beralasan.
“None of ur business!”
pantas Inas menyimpan buku tersebut di dalam Rampaging Mob Crumpler
kesayangannya.
“Adik.. tak baik tahu marah-marah dengan ummi macam tadi. Abang
selalu pesan kat adik kan?” lembut sahaja Iqbal menegur namun masih dalam
ketegasannya sebagai seorang abang. Inas Sofia adalah tanggungjawabnya. Ummi
sendiri selalu kalah dengan emosi apabila melibatkan puteri seorang ni.
Inas menjeling sambil dicabutnya headphone di kepala. Dia pantas
bersila di bucu katil sambil mencapai majalah. Dibelek kasar majalah tersebut.
Terpaksa menadah telinga apabila ditegur. Kalau tak, tiada siapa nak back-up dia lagi dalam rumah ni. Hanya
Iqbal sahaja tempat dia mengadu.
Iqbal tersenyum nipis. Faham sangat karekter adik sayang dia ni.
Sekejap lagi banjir la tuh.
“Adik.. abang cakap ni dengar tak?” Inas mengangguk.
“Adik nak pergi mana?”
“Ada jamming dengan
Kerol, Fit seme.. nanti next week ada show kat kafe. Adik cover keyboard je abang. Bukan adik buat benda
tak senonoh!” halus je suara memberontak Inas. Iqbal mengangguk perlahan.
“Kan elok kalau adik cakap elok-elok dengan ummi. Adik tu anak
dara tau. U already 23 sis. Consider as adult.
U should act one. Kenapa tak mintak diorang jamm waktu siang? Adik pun tahu..baik abang, ummi atau babah, semua
tak suka adik keluar malam-malam. Balik hari dah pagi. Esok adik kerja kan?”
Iqbal menegur tegas
“Tahu. Tapi minggu ni malam ni saja kami free. Hari biasa jangan harap la dapat jamm kan? I’ll try manage my time. Adik mana
pernah kantoi lambat datang kerja pun kan?” dijeling Iqbal sambil tangan masih
membelek majalah.
“Jamming kat tempat biasa?” pantas Inas memandang abangnya. Mata
bersinar. Kepala diangguk laju.
“Jom. Abang joint. Lama tak asah kaki dengan tangan ni” Iqbal
bingkas. Inas pantas mencapai beg kesayangannya sambil menurut Iqbal. Tiba-tiba
Iqbal berhenti mengejut.
“..dengan satu syarat!”
“Apa?”
“Abang nak baca buku itam tu boleh?” sepantas itu juga belakang
Iqbal dihempuk kasar. Iqbal ketawa. Saja mengusik.
“Mimpi sangat!” lidah mengejek
“Jiwang!” sambil tangan di bahu
“Suka orang la!” kaki pantas melangkah menuruni anak tangga. Iqbal
ketawa kecil. Hafiya yang sedang berehat di ruang tamu sambil menonton Jamie’s 15
Minutes Meal menoleh. Syukur. Memang hanya Iqbal sahaja memahami anak daranya
itu.
“Ummi, abang part-time
malam ni ya? Ummi jangan risau. Abang make
sure by 11 kami sampai rumah” Iqbal bersuara sambil mencapai tangan Hafiya.
Inas juga menurut.
“Adik mintak maaf ummi. Adik pergi dulu” perlahan dia bersuara.
Terbiasa. Iqbal tersenyum sambil mengenyit mata ke arah Hafiya. Hafiya hanya
mengangguk sambil tersenyum senang.
“Jangan lewat sangat. Nanti babah bising balik dari masjid kamu
berdua tak ada. Kalau sempat belikan ummi mee goreng mamak ya? Ummi tetiba
teringin pulak” pesan Hafiya
“Aikk.. abang nak dapat adik lagi ke ummi? Cukuplah seorang ni
aja..” usik Iqbal. Inas terkekek ketawa. Faham sangat perangai abangnya.
“Hishh! Ummi nak tunggu timang cucu aja ni. Kamu tu abang patut berderet
anak bukan sibuk ber-adik lagi!” balas Hafiya sambil menepuk perlahan lengan
Iqbal.
“Alaa ummi malu-malu pulak. Abang bukan apa. Nak bagi adik naik
pelamin dulu. Baru senang hati abang” dijeling Inas dan pantas Inas mencubit
lengan Iqbal. Iqbal menagduh sambil mengusap lengannya.
“Padan muka!” serentak Hafiya dan Inas bersuara. Ketawa mereka
tiga beranak pecah.
Begitulah kehidupan mereka. Iqbal bijak mengawal keadaan. Salah
satu sifat Wafiq yang diwarisinya. Sementara Inas pula banyak mewarisi sikap
Hafiya semasa remaja dulu. Gadis lincah. Hafiya menghantar anak-anaknya ke muka
pintu. Dalam hati tetap terus berdoa semoga suatu hari puterinya itu akan
berubah. Inas Sofia memerlukan seseorang seperti mana Hafiya memerlukan Wafiq
Haiqal.
DPC:1st try. Tiada haluan lagi. Harap menjadi. =)
No comments:
Post a Comment